Wednesday 11 September 2013

Bayi Mati Disebabkan Menyusu Badan

Nak menyusu pun kena ada ilmu ye...Bukan main susu je. Kena jaga makan, kena jaga pantang-larang, kena tengok keadaan anak, kena tahu anak ada alergik apa-apa ke dsbnya. Nak amik ubat pun kena berhati-hati juga, bukan boleh amik sembarangan, kalo tak jadilah macam kisah ni...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sacramento: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan mati selepas menghisap susu ibunya yang bertoksik mengandungi campuran metadon (ubat penahan sakit) dan Xanax (ubat merawat kemurungan dan masalah sukar tidur).

Tidak cukup dengan itu, kini ibu bayi malang terbabit berdepan dengan tuduhan membunuh. Sarah Ann Stephens dan Citrus Heights didakwa melakukan pembunuhan tahap kedua serta membahayakan nyawa anaknya, Ryder. Menurut polis, Sarah menyedari kandungan ubat berkenaan adalah tinggi dalam sistem tubuhnya tetapi masih menyusukan bayi terbabit.

Lima bulan sebelum bayi itu meninggal dunia pada September 2012, dokumen mahkamah menunjukkan Sarah diarah berhenti menyusukan anaknya apabila doktor mengesan kandungan metadon tinggi dalam tubuh bayi terbabit.

Pada awalnya kematian Ryder dianggap kes biasa apabila petugas kecemasan dipanggil ke apartmen Sarah. Dua minggu kemudian ujian toksikologi menunjukkan Ryder mati kerana kandungan ubat berlebihan dalam badannya. Seorang patologi berkata, kandungan ubat dalam tubuh Ryder cukup untuk membuat individu dewasa menjadi sangat khayal. - Agensi (sumber dipetik daripada Harian Metro)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Walaupun kisah ini bukan berlaku di Malaysia, tetapi kita sebagai ibu yang menyusu haruslah berhati-hati juga. Jangan nanti dah terhantuk baru nak menyesal.....Jadi marilah kita sama-sama mengambil pengajaran ye...≧◔◡◔≦

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment