Pada en asben dan saya, ianya memang sangat-sangat perlu. Sebabnya, kami mementingkan kualiti anak, berbanding kuantiti anak. Bukan la maksudnya nak menolak rezeki kan, tapi kami merancang supaya setiap anak yang lahir tu, adalah anak yang memang dinantikan. Dan bukanlah nak kata, kalo tetiba dapat anak sorang setahun, anak tu anak yang unwanted kan...Nauzubillah la...
Gap yang paling sesuai antara setiap anak, seperti yang dinasihatkan oleh gynea, adalah 2 tahun. Maksudnya, bila si abang dah berumur 2 tahun, boleh la plan untuk dapatkan si adik. 2 tahun tu bukan sahaja memberi peluang pada mama untuk pulih 100% dari tempoh mengandung sampai bersalin tu sahaja, malah memberi peluang secukupnya untuk anak itu mendapat kasih sayang yang secukupnya dari ibubapa, sebelum dia dapat adik. Yelah, bila dah dapat adik, ofkos la kasih sayang tu nanti kena kongsi kan....
Selain daripada itu, 2 tahun tu juga boleh la digunakan untuk ajar anak tu benda-benda basic seperti toilet train, pakai baju, makan sendiri dan beberapa lagi perkara yang basic. So bila nanti dah dapat adik, si abang ni at least dah mampu la berdikari sikitkan, dan mama & ayah tak de la kalut sangat nak uruskan 2 anak kan....
Pengalaman sendiri, memang syukur sebab kami berjaya gapkan anak-anak. Blong tahun ni 7 tahun, bngah 4 tahun dan latest baby anas 9 bulan...7 tahun kalo kita tengok, biasanya memang dan pandai berdikari lah, dan boleh diharap. Walaupun biasalah kalo masih main-main tu kan (dah namanya budak), tapi sekurangnya boleh la nak minta tolong mana-mana yang patut. Si adik pulak, walaupun baru 4 tahun, tapi biasanya bila tengok blongnya ringan tangan, dia pun rajin je nak tolong. Kadang mama pulak yang kena suh stopkan dari tolong sebab "terlebih rajin" sangat plak...
Baru ni, en asben g offshore. So tinggal la kami anak-beranak je kat rumah ni. Memang tak leh nak g mana-mana la sebab blong n bngah kan skul. Cuma wiken adalah g lari ke kuantan umah maude jap. Tu pun cukup mencabar tu nak drive sensorang dengan 3 anak....Kena pulak baby anas ni tak berapa sihat, sakit mata...Meragam jugakla kejenya...Mama nak kena 24jam depan mata dia...Dah tu camne? Takkan mama tak payah masak kan..Blong n bngah nak kena jaga juga...
Tapi alhamdulillah...dengan adanya 2 anak yang lebih besar ni, dan yang rajin melayankan adik baby mereka, mama dapat la juga lari-lari g masak, g toilet, solat dan sebagainya. Nasib baik la si adik ni pun sukakan abang-abang dia, kalo tak, jenuh jugak la...Boleh la dia layan lawak-lawak abang-abang dia sampai gelak terkekek-kekek. Dan apa yang saya peratikan, blong ni sangat risaukan kalo adik dia nangis, sampai kan kalo adik dia meniti kat sofa (budak baru nak dapat kaki, semua benda nak dipanjatnya), blong siap letak bantal kat belakang adik dia dan ukur agak-agak kalo adik dia jatuh, kena tak bantal yang dia letak tu....
Kesimpulannya, memang sangat perlulah menjarakkan umur anak-anak. Bukan sahaja dapat memudahkan ibubapa tu sendiri, tapi juga bermanfaat untuk anak-anak tersebut.
Tak jumpa cara yang paling efektif untuk menjarakkan umur anak-anak? Bole try GLA Complex Shaklee ye....Vitamin yang mampu mengawal selia hormon kaum wanita dengan baiknya tanpa sebarang kesan sampingan seperti kegemukkan....Malah ianya dapat membantu kaum wanita yang mengadapi masalah haid tak teratur juga sebab semuanya berkaitan dengan hormon. Tak percaya? Mari tengok video testimoni yang mana akak ni berjaya period (haid) setelah hampir setahun tidak didatangi haid...Errmmmm....
Nak tau camne cara makan GLA Complex Shaklee ni sebagai perancang kelahiran anak-anak? Hubungi saya segera ye....Percuma je saya ajar caranya, khas untuk anak pelanggan saya....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan
dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai
kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar.
Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
No comments:
Post a Comment