Lahir cukup bulan tidak menjamin kesihatan keseluruhan seseorang bayi itu. Buktinya, baby anas dilahirkan pada 38minggu (dah kira cukup term pada istilah doktor), tapi dia mnghadapi masalah "undescended testis". Apakah itu maksudnya? Ok...Boleh baca secara detailsnya di sini ye...
Dalam bahasa mudahnya, testis (telur) tidak berada di tempat yang sepatutnya selepas sesorang bayi lelaki itu dilahirkan. Kiranya, kantung kanak-kanak tersebut dikira kosong kerana testisnya tidak masuk ke dalam itu. Testis itu mungkin berada somewhere dekat area ari-ari. Biasanya doktor pakar akan buat pemeriksaan dan mengenal pasti kat mana testis tersebut berada dengan mencarinya secara menekan perlahan-lahan pada bayi.
Macam mana kami tau baby anas ada masalah ni?
Dihospital dimana saya melahirkan baby anas 8 bulan lalu, stiap bayi yang dilahirkan akan diperiksa oleh pakar kanak-kanak. Jadi dari situlah kami dapat tau yang baby anas ada masalah ni pada keesokkan harinya selepas dia dilahirkan.
Punyala susah hati kami ni. Yelah, 2 anak lelaki sebelum ni tak de apa-apa masalah, tapi yang ketiga ni kami diuji pulak. Memang dari dalam pantang, dok la cek-cek sendiri kan, then tanya pendapat few doktor yang merangkap kawan en asben. Kami juga ada pergi jumpa paed surgn yang dicadangkan oleh pihak hospital. Dan bila doktor pakar cek, memang confirm la testisnya tak turun. Bukan sebelah je, malah both sides tak turun T_T
Bincang dengan doktor macam mana nak buat. Nak urut, memang tak berani la sebab benda sensitif kan. Pulak tu tak tau sape yang betul-betul pakar kalo nak urut. So kitorang memang berserah jelah. 2 bulan sekali g cekup kot-kot la testis tu berjaya turun sendirikan, sebab chances tu memang ada, tapi very slight la.....Doktor pulak memang bagi masa 6 bulan untuk biarkan ianya berlaku secara semulajadi, but sadly and unfortunately, ianya tidak berlaku...
So masa checkup time umur baby anas 7 bulan, doktor bagi pilihan, nak proceed atau nak tunggu lagi. Ikut pemahaman saya, dari apa yang doktor tu explain, lebih cepat testis tu diperbetulkan, lebih tinggi tahap kesuburannya bila besar nanti. So kami pun bincang-bincang, dan decide, operate jela terus memandangkan baby anas pun blum lasak lagi. So senang la nak jagakan.
Lepas 2 kali tertunda, akhirnya berjaya juga buat pada umur baby anas ngam-ngam 8 bulan, iaitu pada 20.2.2015 hari tu...Alhamdulillah...Smuanya berjalan lancar walaupun tempoh opration lebih dari yang dijangkakan. Dan syukur, tiada sebarang komplikasi...
1 malam berkampung dihospital sebab baby anas under bius....the next day lepas zuhur akhirnya kami dapat balik...Lama juga la nak tunggu dia boleh kencing dan berak, sebab if tak boleh membuang, memang kena tahan la. Mujur leepas dituam perut dan ari-arinya, dia berjaya juga membuang..Maka balik la kami ke rumah atuknya sebelum besoknya balik ke kerteh.
Baby anas pun alhamdulillah ok la. Cuma malam tu lepas operate meragam la...sakit kan...dan masa nak balik kerteh tu, demam sikit..Tapi secara keseluruhannya, pada saya, dia ok dan dia sangat strong sebab masuk je hari k-3, dia dah boleh meniarap macam biasa. Alhamdulillah....
Dan kini, lepas hampir 2 minggu operation, semuanya dah back to normal, malah baby anas tiba-tiba je pandai merangkak hahaha...padahal sebelum ni pandai mengengsot je..maybe sebab sakit kan kalo mengengsot tu, so dia cuba-cuba la merangkak dan dia brjaya...yeayyy.....alhamdulillah....
Beberapa gambar sepanjang operation baby anas 2 hari 1 malam di hospital pakar annur, bandar baru bangi...
Beberapa gambar sepanjang operation baby anas 2 hari 1 malam di hospital pakar annur, bandar baru bangi...
semua nak tdo kat wad sama-sama..berkampung la ye... |
leemah lepas bius hilang...diurut dengan air suam baru nak tdo... |
guna untuk tuam supaya lawas membuang |
inilah dia bilik kami utk 2 hari 1 malam... |
***********************************************
Tertekan
dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai
kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar.
Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
No comments:
Post a Comment