Banyak nikmat yang kita terima setiap hari. Tak terhitung rasanya. Nikmat bernafas, nikmat bangun pagi dengan segar, nikmat hidup, dan macam-macam lagi. Namun, sangat sedikit kita bersyukur. Dan sangat sikit kita memberi...
Memberi dan bersyukur boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Antaranya, memberi sedekah ke dalam tabung surau atau masjid jika berkesempatan pergi ke masjid/surau. Ataupun belanja kawan sekolah anak ketika rehat dengan membekalkan makanan yang lebih. Paling mudah, senyum....Senyum saje pada sesiapa yang anda jumpa setiap hari.
Namun, saya nak share satu cara memberi dan membalas balik sebagai tanda terima kasih dan bersyukur kita kepada-Nya. Direct kita lakukan hanya untukNya, iaitu melalui solat dhuha. Banyak sangat fadilah solat dhuha ni. Antaranya adalah sebagai pembuka rezeki. Ianya sangat la mudah sebab dilakukan pada siang hari. Malah, kalo di kerteh ni, seawal jam 7.45am dah masuk waktu dhuha. Jadi kalo kata masuk kerja pukul 8pagi, masih sempat la nak g ke surau kat opis tu untuk tunaikan solat dhuha, 2 rakaat je pun.
Solat dhuha ini sangat la ditekankan oleh Rasulullah S.A.W. Jadi, jika kita betul-betul sayangkan baginda, lakukan lah apa yang disukai oleh baginda.
Berbanding solat tahajud yang kena bangun malam, mungkin la kita liat sikit walaupun sebenarnya kalo betul nak buat, pasti kita akan bangun. Namun, jika kita bangun seawal jam 5.30pagi, kita masih sempat lagi bertahajud sebenarnya memandangkan sekarang ni subuh masuk lebih kurang jam 6pagi.
Jadi, apakah lagi alasan kita untuk tidak memberi padaNya sedangkan terlalu banyak yang kita dok terima daripadaNya setiap hari, setiap waktu, setiap jam...
Andaikata kita boleh pergi turun makan ke kafe untuk makan pagi pada jam 9-10pagi, mengapa kita tidak gunakan waktu itu untuk pergi ke surau, instead untuk menunaikan dhuha. 10minit maksimum memadai untuk kita berdhuha. Masih sempat lagi nak pergi makan dan berborak kosong pun lepas tu kan..Satu pun tak rugi....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan
dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai
kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar.
Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
No comments:
Post a Comment