Tuesday, 4 March 2014

Serangan Strok Haba di Musim Panas

Negara kita kini sedang mengalami cuaca panas yang melampau. Rata-rata dilaporkan suhu adalah antara 30-35 darjah celcius. Dengan cuaca sebegini, banyak kawasan dilaporkan mula mengalami masalah kekeringan dan yang paling membimbangkan, paras-paras air di empangan terutamanya di kawasan selangor telah menunjukkan penyusutan yang membimbangkan.

Hutan-hutan juga banyak yang terbakar dan ini semakin memburukkan keadaan kerana ianya boleh menyebabkan jerebu. Jika keadaan ini berlanjutan, tidak mustahil ramai yang akan menghadapi masalah kesihatan, terutamannya kanak-kanak dan warga emas.

Salah satu masalah kesihatan yang dibimbangai dan bole menyebabkan kematian jika tidak dirawat dan ditangani dengan segera adalah 'strok haba'. Memetik kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, definisi strok haba adalah paras suhu badan yang meningkat melebihi 40.5 darjah celcius, manakala suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Apakah tanda-tanda orang yang diserang strok haba ini? Mari kita lihat....
  • sakit kepala  berdenyut
  • mual
  • kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas 
  • denyutan nadi yang pantas
  • otot lemah dan kejang
  • muntah
  • kulit kering dan kemerahan
  • sawan 
  • pitam
Selain itu, suhu yang tinggi ini juga boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang mana ianya boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian. 

Bagaimanakah seseorang itu boleh terkena serangan strok haba ini?

Menurut Dr Noor Hisham lagi, seseorang yang terdedah kepada cuaca dan suhu panas secara berpanjangan disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca utama yang menyebabkan strok haba. 

Jadi, elakkan diri anda dari melakukan aktiviti luar terutama di tengahari untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya perlu, pastikan anda minum air masak pada kuantiti yang lebih dari biasa bagi mengelakkan badan anda dari mengalami dehidrasi yang boleh mendedahkan anda kepada risiko diserang strok haba ini. 

Bagaimana pula cara merawat sekiranya anda/ahli keluarga menunjukkan tanda-tanda terkena serangan strok haba ini? 

Mudah sahaja, bawa mereka dengan segera ke hospital untuk rawatan. Tetapi sekiranya tidak sempat, apa yang boleh anda lakukan adalah bawa individu tersebut ke tempat yang teduh. Kemudian lapkan badan mereka dengan tuala basah. Sekiranya individu tersebut masih mampu bergerak, mandi kan nya secukupnya sehingga anda rasa suhu badan mereka sudah mencapai suhu badan yang normal iaitu sekitar 37 darjah celcius.

rawatan strok haba
salah satu cara untuk merawat strok haba
Jadi, sentiasalah berwaspada dan perhatikan orang-orang kesayangan anda sepanjang musim panas ini, terutamanya anak-anak kerana serangan strok haba ini jika tidak dirawat dengan segera, ianya boleh membawa kepada kematian.

performance drink shakleePastikan juga badan anda mendapat bekalan air masak yang secukupnya jangan sesekali memandang enteng perkara ini. Jika tak lalu nak minum air masak, apakata anda berikan mereka air oren Performance Drink Shaklee yang mampu mengawal kuantiti bendalir dalam badan anda. Bukan itu sahaja, ianya juga sangat sedap, tidak mengandungi pewarna atau perasa tiruan, tidak mengandungi gula berlebihan yang boleh merosakkan kesihatan anda dan tidak bergas. Sangat sesuai diminum oleh kanak-kanak dan orang dewasa juga.

Diharap cuaca panas melampau ini tidak berpanjangan dan akan pulih seperti sediakala. Sama-sama lah kita berdoa demi kehidupan kita yang lebih baik setiap hari.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
shaklee membership
 

No comments:

Post a Comment