Biasanya MLM ni dikaitkan dengan sistem yang menindas orang lain. Selalu kita dengar orang cakap bila buat MLM ni, orang bawah (downline) je yang kena kerja keras, orang atas (upline) goyang kaki je.. Tau-tau cukup bulan duit masuk dalam akaun.
Jenuh la kalo macam tu kan..Confirm downline sampai bila-bila tak kaya, sebaliknya upline je yang makin mewah. Tak adil la macam tu kan..
Adakah sistem macam ni berlaku juga dalam Shaklee? Secara asasnya, Shaklee memang mengamalkan sistem MLM yang begitu, iaitu apabila downline bekerja, upline akan mendapat sedikit insentif. TETAPI, insentif tu TIDAK diberi secara PERCUMA ye... Sila ingat baik-baik..
Kenapa saya cakap begitu? Memang ada insentif akan diberi kepada upline apabila downlinenya membuat sales. Tetapi insentif tersebut adalah sebenarnya seakan upah yang dibayar oleh Shaklee kepada upline dengan syarat upline WAJIB la memberikan tunjuk ajar kepada downline-downlinenya. Bukan lah sekadar mendaftar mereka dibawah anda semata, kemudian membiarkan mereka terkapai-kapai sendirian.
Sebenarnya, sedar tak sedar, keadaan seperti ini banyak berlaku. Sebab itulah ada di kalangan kami yang kadang-kadang menerima SMS/email/whatsapp dari mereka-mereka yang telah mendaftar menjadi Shaklee Independent Distributor (SID) dengan orang lain, tetapi meminta tunjuk ajar dari kami. Bukan la kami ni kedekut dan tidak mahu memberikan tunjuk ajar, tetapi adalah TIDAK ADIL sekiranya kami bertungkus lumus memberikan tunjuk ajar kepada mereka yang tidak mendaftar di bawah kami, dan upline mereka yang menerima insentif dan kami pula tidak menerima apa-apa. Lebih baik kami berikan tumpuan sepenuhnya kepada downline kami sendiri, didik mereka dan beri tunjuk ajar sehingga mereka dapat mencapai impian mereka, dan dalam masa yang sama, kami pun mendapat insentif hasil dari tunjuk ajar ini. Ini barulah dikira adil, betul tak? Sama-sama kerja, sama-sama pulun hasil kan....
Malah adakalanya, dalam Shaklee ni, terdapat kes-kes yang mana upline berpangkat lebih rendah dari downline, ATAU upline punya income lebih sedikit daripada downline dan sebagainya. Ini adalah sangat adil kerana pendapat yang dibayar oleh Shaklee kepada semua SID nya adalah mengikut kepada tahap kerja keras yang dilakukan oleh SID tersebut. Jika SID itu jenis goyang kaki je dan tunggu downline yang bekerja untuk dia, jawabnya bye bye la ye.
Sebab tulah saya sukakan Shaklee ni. Bukan sahaja produknya diperbuat daripada sumber yang semulajadi, ia juga selamat, mesra alam dan dijamin halal. Tambah pula satu lagi bonus yang mana sistemnya sangat adil. Jadi, tak de apa pun nak dirisaukan.
Untuk itu, jadilah pengguna yang bijak, pilih SID yang betul-betul dapat membimbing anda sebaik sahaja selepas anda mendaftar menjadi ahli. Jika anda rasa ragu-ragu nak pilih SID yang boleh membimbing anda, hubungi sahaja kami untuk pendaftaran dan kami lebih dari gembira untuk membimbing anda menuju kejayaan di dalam Shaklee ini...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
No comments:
Post a Comment