Assalamualaikum....
Dah masuk bulan ke 2 nampak nya dalam tahun 2015 ni. Sekejap je masa berlalu kan. Pejam celik dah habis sebulan. Maknanya, dah sebulan la juga anak-anak kita memulakan sesi persekolahan. Bagi anak-anak yang baru masuk tahun 1, rasanya sekarang ni dah boleh sesuai kan diri dah dengan keadaan dan persekitaran persekolahan yang agak berbeza dengan zaman tadika.
Ok, biasa bila anak-anak pergi sekolah ni, ibubapa akan bagi duit belanja, btul tak? Selain bertujuan untuk anak itu berbelanja dan membeli makanan/minuman di sekolah, ianya secara tidak langsung membantu membentuk confidence level dalam diri anak itu. Anak akan belajar macam mana nak beli barang, macam mana adab nak minta barang yang dibeli dari makcik kantin tu, adab ketika membeli dan macam-macam lagi. Malah, mereka juga belajar matematik secara tidak langsung dalam masa yang singkat (sambil beli sambil kira duit berapa nak bayar dan berapa balance patut dapat dari makcik kantin).
Agak-agak berapa ringgit duit belanja yang perlu diberi pada anak? Terus-terang kami hanya bagi RM1 je sebagai duit belanja blong. Mulanya saya nak bagi RM2, yelah, sian kot sikit sangat. Tapi en asben bertegas nak bagi RM1 je. Okla, kuasa veto kan, hikut jela....
So 2-3 hari skul, dok pesan pasal duit tu. 1st time kot blong dapat duit belanja sendiri. So feeling-feeling mama ni risau la, dok fikir macam-macam. Hari ke-3, mama g skul sendiri, tengok camne. Apa yang jual kat kantin tu. Cukup ke tak nak beli kalo duit belanja RM1 je. Dan alhamdulillah memang cukup pun...sebab semua benda yang dijual kat kantin tu harganya RM1 je...Air freem sekolah sediakan....Tu yang kadang bawa balik duit tu, ataupun paling-paling ada pun balance 50sen...
Apakah tips yang saya amalkan?? Inilah dia....
gambar ihsan google |
3- Jika anak anda suka beli air kotak kat sekolah, bekal kan siap-siap, so tak de lah diorang g beli dah. Kalo kita beli siap-siap secara pukal tu kan, or atleast sepeket (6 kotak) tu dan bekalkan pada anak, iaya sangat menjimatkan berbanding diorang beli kat sekolah. Bayangkan, harga 6 kotak air marigold laici tu saya beli hari tak sampai pun RM6, tapi bila dijual di sekolah, harganya mencecah RM1 - RM1.50 sekotak. So agak-agak berapa kita boleh jimat kalo kita beli sendiri dan bekalkan pada anak???
4- Pesan pada anak, waktu makan tengahari, makan je apa yang sekolah sediakan. Tak perlu dah g beli apa-apa, malah air kosong pun minum je yang mama bekalkan.
>>> Ok, saya faham tak semua sekolah ada sediakan lunch, tapi kan kalo yang sekolah kebangsaan pagi tu, nantikan anak balik rumah tengahari sebelum diorang g KAFA pulak. So pastikan anak makan di rumah tengahari tu. Kalo yang g transit pulak, makan je apa yang tempat transit tu sediakan. Kita dah bayar siap-siap, so tak perlu lah anak tu belanja dan beli makanan dah waktu tengahari tu...
Jadi camne? Terfikir tak sebelum ni yang banyak sebenarnya kita boleh jimat. Malah anak-anak tak perlu pun bawa duit belanja banyak ke sekolah. Bukan pe, dikhuatiri kalo bagi duit belanja banyak, nanti bukan habis untuk diri dia sendiri, sebaliknya habis belanja kat kawan-kawan. Tak pun, takut habis beli entah apa-apa....pemadam lah, buku sticker lah, pensil la..dan ntah pape lagi....So sayang la kan.... (ㆆ_ㆆ)
Memandangkan GST hanpir tiba...Jadi elok la kita bermula dari sekadar berjimat cermat dan ajar anak tentang nilai wang. Jangan nanti sekarang dok bermewah-mewah beli macam-macam, sampai masa GST dilaksanakan, semuanya tak boleh nak beli sebab terduduk tengok harga yang melambung. Berjimat cermat dari sekarang, sementara masih sempat...(>‿◠)✌
Boleh dapatkan vitamin yang sesuai untuk anak anda yang sedang aktif membesar. Hubungi saya untuk keterangan lanjut....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan
dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai
kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar.
Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
No comments:
Post a Comment