Thursday, 5 February 2015

Pentingnya Pemilihan Sekolah Untuk Masa Depan Anak Anda

Dilema masa mula-mula nak tentukan sekolah untuk blong hari tu. Mama dok sibuk nak masukkan ke sekolah rantau petronas tu, ayah pulak dah aim nak masukkan kat sekolah al-amin kerteh ni. Malah, bila dapat tau tadika annur kerteh ni ada link dengan sekolah al-amin kerteh tu, punya la semangat si ayah ni. Dengar pulak kata budak-budak dari tadika an-nur kerteh ni chances untuk diterima masuk ke sekolah al-amin kerteh ni lebih tinggi berbanding tadika lain. Tu dia...preparedah siap-siap...

Nak masuk sekolah al-amin ni ada kena amik test. Tu yang risau la jugakkan...Kotnya blong tak lepas test tu, sedey la kan...Mama ni dok nak masukkan kat sekolah rantau petronas tu pulak bukan sebab sekolah tu ada nama petronas, tapi sebab lokasi sekolah tu yang tak la crowded berbanding sekolah lain.

So awal tahun 2014, mama pun sibuk la uruskan pendaftaran blong untuk masuk sekolah. Apply siap-siap la kat sekolah, isi borang semua dan submit kat sekolah. Tapi time tu tak tau la dapat ke tak, sebab keputusannya bulan 8 baru keluar. Cuak jugak la sebab kalo ikutkan, sekolah rantau tu jauh la jugak daru rumah kami berbanding sekolah rendah kerteh ni (penempatan sekolah adalah mengikut alamat rumah).

Dipendekkan cerita, blong diterima masuk ke sekolah al-amin kerteh...alhamdulillah...tapi kenapa ntah, mama tak la rasa terkilan pun. Bila fikir-fikir balik, ok jugak la blong masuk sekolah al-amin kerteh tu. Antara sebabnya :
  1. waktu persekolahan yang panjang (7.30pagi - 3.30ptg), namun berkualiti. Nampak macam lama kan, 8 jam kat sekolah, tapi hakikatnya, waktu persekolahan blong lebih pendek dari kanak-kanak lain yang pergi sekolah kebangsaan waktu pagi dan kemudian KAFA pulak waktu petang. Seawal pukul 3.45ptg, blong dah boleh lepak dan rehat-rehat dirumah
  2. bacaan al-quran ditekankan di sekolah di mana, setiap pagi blong akan mengaji terlebih dahulu sebelum mula belajar. malah, blong turut belajar subjek agama yang lain seperti feqah, akhlak, sirah dan akidah selain subjek standard sekolah kebangsaan.
  3. penekanan tentang solat ke atas setiap murid. setiap hari, pada waktu rehat jam 1ptg-2ptg, semua murid diwajibkan solat zuhur berjemaah sebelum makan tengahari (bagi tahap 1). secara tidak langsung, ini akan mendidik blong (dan murid lain) tentang pentingnya solat dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Jadi, tak de la blong nak skip-skip solat dah macam masa tadika dulu.
  4. jimat perbelanjaan. kami tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk membeli uniform sekolah blong kerana blong hanya memerlukan 1 set pakaian sahaja berbanding 2 set pakaian bagi mereka yang pergi ke sekolah kebangsaan biasa dan juga KAFA. 
Semoga blong membesar dengan cemerlangnya dan berjaya di dunia dan juga di akhirat sebagai seorang muslim yang soleh. Amin....
 
***kadang terharu juga bila blong sekarang, dengar je azan, terus g amik wudhu nak solat. kadang dia tolong kejut mama untuk bangun solat (time asar to be specific). dan adakalanya, blogn semangat nak g masjid solat subuh dan too my suprise, dia langsung tak mengantuk sepanjang hari tu sampai la tido balik dalam pukul 10 malam...syukur, alhamdulillah***
 
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
AGEN SHAKLEE KEMASIK
 
COD ke kawasan kerteh, kemasik dan paka turut disediakan....

No comments:

Post a Comment