quote from en google |
Adakalanya kita rasa sesuatu perkara itu berlaku secara kebetulan. Padahal sebenarnya ianya telah
dirancang dengan baiknya olehNya specially untuk kita. Banyak perkara yang saya tempuhi yang saya bila saya lalui, hati ini akan berkata..."nasib baik abang tak jadi g sana..." ataupun..."nasib baik la ada orang tolong tadi..." dan juga " patut la tak dapat..rupanya...."...
Haaa...biasa tak berlaku pada anda? Ok, latest yang saya lalui adalah pada 2 minggu lepas. Panjang ceritanya, tapi berbaloi baca sebab korang boleh nampak sequence dan perjalanan cerita saya ni...
Jadual januari 2015 kami memang dah penuh. Biasa kami akan tulis kat white board apa tarikh-tarikh yang penting dalam bulan tu. En asben g offshore ke, meeting sekolah ke, exam anak ke dan lain-lain. Tujuan, supaya tak terlepas pandang la kan...as simple as that hihihi...
Weekand Yang Sibuk
Weekand minggu ke-3 januari kami memang sibuk. Dengan nak amik kereta baru, dengan ada orang nak menyewa rumah en asben kat jasin, dengan bb anas yang nak operate. Pastu the following week plak, en asben sepatutnya g offshore. Minggu ke-3 tu jugak, en asben ada training kat senawang. So memang sangat pack la.
Tapi, last minute, operation bb anas terpaksa ditunda ke minggu depannya, sebab doktor ada conference at overseas dan tak sempat balik on that day. Ok, postpone satu hal. The rest are as per schedule.
Nak jadi cerita pulak, dok fikir camne saya nak balik next weeknya dengan 3 anak tanpa en asben sebab dia sepatutnya g offshore on the following week tu. Kalo dulu, masa bb anas tak lasak lagi, boleh la nak drive dengan budak-budak ni je dari kertih ke KL sebab dia akan tido je kat carrier dia. But now, bila dah besar sikit, dah bijak, mana nak duduk dalam carrier dah lama-lama, so memang tak dapat la nak buat macam tu lagi.
Balik ke Kertih Dengan Mak Ayah Bersama Kereta Baru
So lepas bincang, decide bawak parents saya ikut kami balik kertih. Plannya nanti kami (saya dan anak-anak) balik dengan mereka la kan. Ok, settle...selesai..Maka balik la kami beramai-ramai ke kertih pada petang ahad (blong amik cuti sehari, nasib boleh hihihi)...
Ntah kat mana silapnya, dalam hari selasa tiba-tiba en asben kena gastrik. Gastrik yang teruk la sampai cirit-birit n muntah. Cuak dah la...G klinik plak, bleh doktor cakap suspek appendiks...Ah sudah, camne ni..Appendiks kalo btul dah la kena trus operate. Susah hati dah...Balik klinik, bincang dengan mak ayah. Camne ni..Dengan bb anas nak operate, dengan blong n bngah skul, takkan nak redah je g hospital dan serah diri untuk operate. Camne nak manage budak-budak ni. Doktor pulak mula nak refer trus ke hospital private kat kuantan. Bincang btul-btul, last minta 2 referral letter, satu ke hospital kemaman dan satu lagi ke hospital annur bangi.
His Planning is The Best
Cantiknya aturan Ilahi, dengan adanya mak ayah kat kertih, maka urusan ambil anak-anak dibantu oleh ayah. Dan betapa hebatnya ketentuan-Nya, time tu alza (yang kami amik weekand sebelum tu), dah ada kat rumah, jadi kami ada 2 kereta auto yang boleh digunakan, ayah boleh guna city, kami boleh guna alza untuk ke hospital. Tak la ayah susah payah nak drive picanto yang manual tu... Nampak tak dah 2 aturan-Nya yang hebat.
Last-last, decide g je dulu hospital kemaman, tengok btul ke appendiks. Alhamdulillah bukan, hanyalah sekadar gastrik yang teruk. So balik la kami semula ke rumah. Time ni bb anas dah dekat seminggu sebenarnya batuk selsema. Tapi, biasanya tiap kali bb anas selsema (baru 2-3 kali je pun hihihi), dalam masa seminggu je paling lama elok dah. Batuk pun kali ni teruk sikit, siap ada bunyi kahak. Saya pun mula la tak sedap hati, boleh ke la nak operate ni kan....
Then saya pun call hospital, bagitau condition bb anas, dan hospital decide bb anas tak fit untuk operation sebab takut ada complication. Risau bius yang disedut nanti tak masuk betul-betul. So postpone la plak. En asben pulak, dah ditakdirkan oleh-Nya, platform yang dia nak pergi tu ada masalah, so tak jadi la pergi. Nampak macam bad news je kan, yelah, planning kita tak go as per planned.
Hikmahnya
Sebenarnya TIDAK sama sekali, and that's actually the best planning for us at that moment. Nak tau apa hikmahnya di sebalik semua ni?? Hikmahnya adalah tak perlu dah saya fikir nanti lepas operation tu camne saya nak balik ke kertih dengan anak-anak je. Dah la bb anas baru lepas operate, sure nak dipegang je kan....Takkan nak ajak mak ayah ikut lagi balik kertih, dah tu camne pulak diorang nak balik bangi? Takkan dok ulang-alik je kejenya kan.....So itu lah dia....Camtu je jalan yang telah ditentukan olehNya untuk kami. Memang syukur sangat-sangat.
Habis tu, camne pulak mak ayah balik ke bangi minggu tu? Dah la mak tak boleh naik bas.... Takdirnya, adik saya yang duduk di kuantan tu memang nak balik bangi minggu tu untuk urusan borang nikahnya. So mak ayah pun balik la dengan dia. Settle....Hilang semua masalah...Maka, kami pun g la makan seafoods dengan gembiranya di Tanjung Lumpur minggu tu hohoho...Bahagianya hidup hihihi....
Jadi, janganlah kita bersangka buruk sekiranya apa yang kita plankan tidak menjadi. Terima takdirnya dan tengok-tengok la kot celah mana hikmahnya. Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian...(biasa dengar kan....)
gambar dari en google... |
Kalo korang ada plan nak try mahupun beli produk Shaklee, boleh la pm @ whatsapp saya ye...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan
dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai
kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar.
Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
No comments:
Post a Comment