Wednesday 11 February 2015

Program Little Caliph di Tadika Khalifah Cerdik Kerteh

Tahun 2015, bngah akan masuk umur 4 tahun. So sama macam blong dulu, umur 4 tahun kami dah masukkan ke tadika (blong dari baby sebenarnya dah duduk rumah orang dan taska, saja nak expose kan dia pada orang lain dan kawan-kawan). Untuk bngah, kami decide nak hantar ke tadika yang ada program Little Caliph.

yuran little caliph 2015
yurannya boleh tahan...tapi demi anak..
Sebab kenapa kami pilih program Little Caliph adalah sebab puas hati dengan program ni. Masa duk bangi sekejap dulu, sempat la hantar blong ke tadika yang ada program Little Caliph ni kat bangi. Memang puas hati dengan modulenya. Tambahan pula ianya menggunakan English sebagai mediumnya. Malah yurannya kira affordable la berbanding tadika lain yang menggunakan program lebih kurang macam ni.

Tadika ni baru beroperasi dalam 3 tahun kot (kalo tak silap, sebab dah g survey masa diorang mula-mula bukak. time tu blong 5 tahun kot [memory lost jap hahaha]). Tak jadi masukkan blong kat situ sebab nampak dia dah selesa kat tadika An-Nur tu. Sampai turn bngah, kitorg decide la masukkan kat situ, atleast dapat juga dia belajar English walaupun kat rumah blong memang dah ajar dia English hahaha

Nak cerita, pada saya, walaupun program Little Caliph ni bagus, i.e. menekankan tentang islam, dan menggunakan English sebagai medium, tapi tak semua tadika yang menggunakan program ni bagus. Ikut pengalaman kami, semuanya bergantung kepada management. Kami dah terkena masa kat bangi dulu, managementnya pada kami agak kurang teratur, tapi memandangkan nak hantar blong kat situ untuk beberapa bulan je, so layankan jelah...

Tapi Alhamdulillah, tadika Khalifah Cerdik ni, mempunyai pengurusan yang sangat baik (pada kami). Malah teachers dan pemiliknya sangat friendly, sangat membantu. Dan satu lain point tambahan, mereka kini buka 2 'rumah' untuk tadika. Umur 5 dan 6 tahun diletakkan di rumah yang sama, manakala umur 4 tahun di rumah lain. Jadi, kanak-kanak 4 tahun ni mendapat lebih perhatian dan space memandangkan mereka ni baru nak berjinak dengan dunia luar. 

Apa yang lebih menggembirakan kami adalah, selain pembelajaran ditadika, turut disediakan buku komunikasi untuk ibubapa. Dengan ini, ibubapa boleh tahu tentang aktiviti tadika, jadual pembelajaran, dan apa-apa yang berkaitan anak mereka di tadika. Seronokkan. Jadi tak la ibubapa kat rumah ni setakat hantar anak ke tadika, then amik time balik tanpa mengetahui apa yang anak belajar sepanjang di tadika. Sebab tu pentingnya sesebuah tadika tu mempunyai pengurusan yang baik.

little caliph kerteh

jadual tahunan aktiviti little caliph kerteh

jadual pembelajaran little caliph 2015

senarai buku little caliph 2015

Secara keseluruhan, kami sangat berpuas hati (setakat ni), dengan tadika khalifah cerdik ni dan juga program little caliph yang digunakan. Malah bngah pun nampaknya makin hari makin seronok nak ke tadika (walaupun selalu je lambat hahaha). Hari ni balik asek je nyanyi lagu tentang family. Minggu ni tema keluarga kot dia blaja hihihi...Cepat dia dapat tangkap apa yang belajar di tadika nampaknya. Alhamdulillah.....

********************************************

Bekalkan anak anda dengan khasiat secukupnya sebelum mereka ke sekolah atau tadika supaya mereka dapat belajar dengan penuh bersemangat dan aktif. Malah, imun sistem mereka juga dapat dipertingkatkan, jadi dapatlah mereka pergi ke tadika ataupun sekolah dengan sihatnya dan terlindung dari sebarang bakteria mahupun kuman. Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut...

contact agen shaklee kemasik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik
 

No comments:

Post a Comment