Monday 5 August 2013

Missing Kid - Adik Aisya

missing kid Aisyah
Malam ni timeline facebook saya dipenuhi dengan 1 gambar je, iaitu gambar adik Aisyah..(¬‿¬) Betapa comelnya anak itu, betapa innocentnya anak itu, betapa TIDAK BERPERIKEMANUSIAANnya manusia yang menculik anak itu. 

Sedang umat islam sibuk menjalani ibadah puasa sempena bulan Ramadhan, sedang sinar Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, ada manusia yang sanggup melakukan kerja yang terkutuk ini terhadap sebuah keluarga. Sudahla ibu kepada anak ini merupakan ibu tunggal, membesarkan ketiga anaknya dengan bersusah-payah, dengan lelahnya, dengan sendirian, tergamak manusia itu mengahncurkan kebahagiaan keluarga ini.

missing kid AisyahAdik Aisya telah hilang sejak hari selasa yang lepas, di JUSCO RAWANG. Dia dipercayai diculik oleh seorang lelaki yang dipercayai adalah kenalan kepada keluarga adik Aisyah. Dikatakan adik Aisyah telah dilarikan oleh suspek dengan menggunakan kereta VIVA PUTIH berplat no BLC 1894. Dan suspek adalah dipercayai dikenali sebagai SHARIZAL BIN YUSOFF

Ibu kepada adik Aisyah ini, iaitu Cikgu Bahiyah adalah merupakan anak tiri kepada arwah mak usu saya. Walaupun hubungan kami jauh, tetapi apabila berlaku perkara seperti ini, wujud rasa keperimanusiaan sekaligus ingin membantu setakat yang termampu sehingga adik Aisyah ini berjaya kembali ke pangkuan kelaurganya dengan selamat. Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar penculik adik Aisyah ini diberikan HIDAYAH dan MENYESAL serta memulangkan kembali adik Aisyah kepada keluarganya dengan SECEPAT MUNGKIN tanpa sebarang kecederaan mahupun kecacatan. InshaAllah...

missing kid Aisyah"Ya Allah ya Tuhanku, demi keberkatan bulan Ramadhan ini, demi kasih sayang ibu kepada adik Aisyah yang telah bersusah payah membesarkan anak-anaknya, demi rahmat dan kekuasaanMu yang tiada tolok bandingnya, Kau lembutkanlah hati penculik adik Aisyah dan Kau pulangkanlah kembali adik Aisyah ini ke pangkuan ibunya tanpa sebarang cacat cela. Amin Ya Allah"....

Ini sahajalah yang dapat saya bantu keluarga mereka. Marilah kita sama-sama berdoa dan menyebarkan hal ini serta perhati-perhatikanlah di sekeliling kita kerana ada kemungkinan si penculik ini berada berdekatan kita. Semoga usaha yang sedikit ini dapat membantu dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Bahiyah Md Zin ini. InshaAllah...

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================


4 comments:

  1. nak raya pun, ada org yg sanggup buat mcm ni :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tak boleh fikir kenapa tergamak org tu buat macam ni...dahla org islam pulak tu penculiknya, bukannya x tau raya dah dekat huhuhu

      Delete
  2. Ya Allah, semoga anak ini kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih doakan..semoga Aisyah selamat semuanya..amin...

      Delete