Monday 5 August 2013

Adik Aisyah Telah Dipulangkan..

Cikgu ArbaiyahAlhamdulillah, sekitar jam 11.30 pagi tadi adik Aisyah dilaporkan telah dipulangkan oleh si penculik ke balai
polis dengan dihantar oleh ibu kepada penculik itu. Pebagai spekulasi telah timbul mengenai kes ini, tambahan pula selepas laporan polis dari ibu Aisyah didedahkan kepada media. Dengan pantas, ramai yang menyalahkan ibu Aisyah ini, iaitu Cikgu Arbaiyah, malah ada yang mempersoalkan bagaimana seorang ibu yang berprofesion sebagai guru boleh dengan begitu mudah menyerahkan anaknya kepada seorang lelaki yang tiada ikatan kekeluargaan dengan mereka.

Suka sekali saya ingin menceritakan fakta sebenar tentang apa yang terjadi memandangkan mereka ini adalah anak tiri kepada arwah amk usu saya, yang mana merupakan saudara saya juga. Terlalu banyak spekulasi yang bukan-bukan, malah ada juga yang negatif yang tersebar di media kini.
  1.  Cikgu Arbaiyah dan suaminya telah bercerai
  2. Cikgu Arbaiyah dan suspek telah berkenal melalui facebook selama kira-kira 1 tahun. Mereka telah menjalin kasih dan telah berjanji untuk berkahwin selepas hari raya 
  3. Cikgu Arbaiyah dan suspek pernah berjumpa beberapa kali sebelum ini
  4. Aisyah adalah seorang anak yang mudah mesra dengan orang, disebabkan itu dia tidak menangis ketika didukung oleh suspek, tambahan pula Aisyah tahu bahawa suspek adalah kenalan ibunya
  5. Suspek BUKAN lah ayah kepada Aisyah
  6. Cikgu Arbaiyah dan bekas suami sama-sama meratapi kehilangan anak mereka ini
  7. Cikgu Arbaiyah menyerahkan surat beranak Aisyah kepada suspek kerana percayakan suspek yang mahu membuatkan passport untuk Aisyah kerana mereka merancang untuk pergi berbulan madu di luar negara selepas berkahwin
  8. Cikgu Arbaiyah menyerahkan duit sebanyak RM25,00 kepada suspek atas dasar percaya. Sememangnya ini adalah sesuatu yang TIDAK patut dilakukan, TETAPI sebagai seorang wanita yang lemah, yang meyangkakan bahawa janji-janji suspek itu adalah benar, perkara ini telah dilakukan oleh beliau. Malah beliau langsung tidak menceritakan hal ini kepada adik-beradik beliau.
Inilah sedikit sebanyak fakta mengenai kes ini yang dikongsikan oleh adik kepada Cikgu Arbaiyah ini kepada saya. Diharap semua pihak mengambil kes ini sebagai satu pengajaran dan bukanlah sebagai bahan gosip murahan. Saya tahu ada beberapa orang yang merasakan kes ini hanyalah menyusahkan orang ramai memandangkan suspek adalah kenalan ibu Aisyah tersebut, tapi cubalah anda berfikir dengan lebih meluas lagi, dan cuba letakkan diri anda di pihak Cikgu Arbaiyah tersebut.
 Adalah sangat MUSTAHIL Cikgu Arbaiyah itu akan melakukan perkara sebegini jika beliau tahu bahawa suspek itu hanya berniat jahat terhadapnya dari awal lagi. Dan beliau bukanlah seorang ibu yang tidak bertanggungjawab yang semudah itu hendak menyerahkan anaknya kepada orang lain, kerana beliau lah ibu yang mengandungkan si anak selama 9 bulan, melalui segala perit lelah dan sangat sayangkan anaknya. Pasti ada hikmah disebalik kejadian ini dan sebolehnya saya berharap kita semua selaku ibubapa mengambil pengajaran dari kes ini dan mendoakan yang terbaik untuk keluarga ini. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.

~~ pada waktu blog ini diupdate, adik Aisyah dan ibunya masih belum sampai ke rumah mereka di Kuala Kubu Bharu ~~

Terima kasih....≧◉◡◉≦

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment