Thursday 20 June 2013

Special Trip For Kids

Pagi ni, nak lari sikit dari bercerita tentang Shaklee...

cuti-cut malaysiaSaja nak bercerita tentang trip ke Little Big Club yang terletak di Puteri Harbour, Johor Bahru. Actually lama
dah plan nak pergi, tapi memandangkan kami ni duduk nun di Pantai Timur, dan tempat tujuannya tu terletak nun di Selatan, jadi memerlukan perancangan yang teliti sebelum pegi (tapi kami last minit je plan pun hihihi).

Kami pergi pada cuti sekolah pertengahan tahun hari tu. Kebetulan en asben ada meeting kat Miri, so kami pun bergerak la ke Batu Kikir dulu untuk kenduri doa selamat hujung minggu tu. Then terus balik Bangi sebab kami akan tinggal di Bangi sementara en asben g Miri. Balik dari Miri, ada plak meeting kat KL. So seminggu lah kami di Bangi. Kebetulan pulak, hari Khamisnya, en asben tak de meeting pape, so dah alang-alang kat Bangi, dia pun amik la cuti. Alang dah bercuti, kami pun pergi la berjalan.

Petang Khamis kami gerak ke Johor Bahru. Lambat gerak sebab masih tak sure nak pergi ke tak memandangkan adik acad demam panas. At the end, decide nak pergi juga sebab budak-budak ni suka sangat kat cartoon Thomas tu. So mama tot, kot la diorang ni g sana, nanti akan happy giler, trus hilang demamkan...Tapi adakah itu yang berlaku??? Let's check it out....

hotel di NusajayaKami sampai ke hotel dalam pkul 8pm. Tido kat hotel biasa je sebab nak cari yang dekat dengan tempat tu.

Yelah, nanti kalo duduk jauh, kot la terlambat bangun ke, apa ke, paling pun x de la lambat sampai. Bukan pe, kejar jugak nak sampai awal sebab tak mau bersesak kat situ sebab kan cuti sekolah...Rezeki kami jumpa hotel tu, Mood Hotel namanya. Actually ada buat reservation kat hotel lain, tapi cari-cari tak jumpa, so malas la nak pening-pening, amik je depan mata. Hotelnya pun bleh tahan cantik, luas dan masih baru. So kira ok la untuk tido kan...(adik acad telah meninggalkan kesannya dihotel tu dengan muntahnya pada malam tu huhuhu. nasib kena sikit je hihihi)....

The kids sebenarnya tak tahu pun nak pergi sini. Saje tak nak bagitau blong, konon nak surprise la....So pagi tu, lepas mand semua, check out n trus gerak ke destinasi. Breakfast pun x sempat, sebab konon nak singgah mana-mana kdai on the way, tengok x de kedai pun sebab jalannya macam masuk highway, then trus je sampai. Along the way, banyak la banner & signboard, so at this time, blong dah tau la nak g mana...So tak sempat la nak surprise betul-betul..

cuti-cuti malaysiaThe best part of this place ialah ianya terletak indoor. So kids bleh main dengan happily tanpa perlu risau
panas..Plus cuaca sekarang kan sangat tak menentu, n adik acad plak tengah demam, so memang la tak sesuai kalo nak g tempat-tempat yang terbuka dan berjemur tengah panas.

Bila sampai je sana, blong memang dah excited giler. Kebetulan plak ada few character yang dok menyambut kedatangan pelanggan. So dia memang seronok la. Tapi lain  plak citer dengan adik acad. Dia takut sampai nak nangis...Mengamuk tak mo amik gambar huhuhu...mbe dia terkejut tengok Barney yang besar tu kot huhuhu...Lepas beli tiket, trus kami beratur untuk naik ke tingkat 2&3. Kami x g la tingkat 1 sebab kami x de anak perempuan. Tingkat 1 adalah level yang menempatkan Hello Kitty, so tak sesuai la untuk anak kami. Oh, between, tiket adalah berharga RM55 (untuk kids dan adults. Sama je harganya....)

Ini saya sajikan beberapa gambar kami di sana..
cuti-cuti malaysia nusajaya
kedatangan di sambut oleh Bob & Angelina
cuti-cuti malaysia nusajaya
main kat Pingu & Barney house..watching Barney show
cuti-cuti malaysia nusajaya
Thomas show & Thomas level
cuti-cuti malaysia nusajaya
having fun @ Thomas area
cuti-cuti malaysia nusajaya
giant slide @ Bob area & rehat makan-makan
cuti-cuti malaysia nusajaya
gelagat orang demam main
cuti-cuti malaysia nusajaya
leaving...beli popcorn seaweed & kari
Overall, keadaan agak memuaskan la kat sana. Tandas disediakan di setiap level, bersih dan luas, surau pun ada, gerai makan ada jugak tapi macam biasa a bit pricey la, parking pun banyak malah keadaan agak selesa sebab ada aircond dan tak terlalu ramai (sebab hari Jumaat). So kira agak berbaloi la jugak g situ, memandangkan d kids enjoy it very much...kami spend dekat 7 jam kat dalam tu, so worth it la kot dengan tiket RM55 sorang kan... ^__^

Nak balik, ofkos la kena 'cukai' kan...singgah jap kat kedai mainan n blong pilih nak beli tabung Thomas. So lepas ni bleh la dia menabung kalo nak g jenjalan lagi ye hehehe...lepas tu kami trus balik bangi and d kids tdo all d way (mama pun tdo jugak, sian ayah drive sorg)....

So mbe next trip kalo kids dah besar sikit, bleh la bawa g mbe Kidzania or Legoland. Tapi dalam 2-3 years lagi kot sebab hujung tahun ni dah ada plan untuk trip yang lebih bermanfaat.....

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment