Assalamualaikum......
Hari ni nak war-war tentang Projek Beg Sekolah yang masuk musim ke-2.
Projek Beg Sekolah ini telah diilhamkan oleh Puan Salwa Saleh pada tahun lepas buat pertama kalinya.
Tujuannya tidak lain untuk membantu pelajar dari golongan keluarga yang kurang mampu/miskin bandar dan luar bandar mendapatkan beg yang baru (atau lebih baik) untuk musim persekolahan bagi musim 2017. Melalui sumbangan beg sekolah ini, kita bukan sahaja memberikan cahaya kegembiraan kepada anak-anak ini, malah menyuntik semangat untuk mereka rajin ke sekolah menuntut ilmu.
Hanya dengan menyumbang sebanyak RM25 sahaja untuk setiap beg baru, ataupun menyumbangkan beg lama anda yang masih elok dan utuh kepada para focal person kami, anda telah memberikan satu sinar kebahagian kepada anak-anak ini.
Projek Beg Sekolah ini telah mendapat liputan meluas di media sosial, siaran televisyen dan juga akhbar.
Bersiaran di Malaysia Hari Ini TV3, 3 November 2016 |
Liputan di dalam Harian Metro, 10 November 2016 |
Namun, masih banyak lagi ruang untuk kita sama-sama menyumbang kerana masih banyak permintaan diterima daripada pihak sekolah dan anak-anak yang kurang berkemampuan ini melalui focal person kami.
Laporan sumbangan setakat 13 November 2016 |
Marilah bersama-sama kami membantu anak-anak ini supaya mereka merasa gembira dan bersemangat untuk bersekolah pada tahun hadapan, 2017. Hanya dengan serendah RM25 anda mampu membuatkan mereka tersenyum sepanjang tahun.
Ikuti page Projek Beg Sekolah untuk update dari masa ke semasa.
Bagi kawasan Kerteh, Kemasek dan Paka, sumbangan dalam bentuk tunai mahupun preloved beg boleh lah diserahkan kepada saya (Hanisah @ 0192826397). InshaAllah setiap sumbangan anda akan kami manfaatkan sebaiknya dan menyerahkannya kepada anak-anak yang memerlukan.
Kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas setiap sumbangan dan masa anda. Bantulah kami untuk membantu mereka yang memerlukan, kerana tanpa bantuan daripada anda, Projek Beg Sekolah ini adalah sesuatu yang mustahil untuk kami laksanakan......
No comments:
Post a Comment