Thursday, 3 March 2016

Kitchen Cabinet (Kabinet Dapur) Pulak...

Assalamualaikum semua....

Rasanya selain renovation, kitchen cabinet adalah perkara kedua yang agak memeningkan kepala dan menelan belanja yang besar untuk sebuah rumah baru....Betul tak??? Siapa tak setuju??? Sila jangan angkat tangan ye hihihi

Kalo nak dibandingkan dengan area kertih, kemasik ni, tak banyak pilihan untuk kitchen kabinet. Kalo ada pun, pada saya agak mahal, reason >>> mostly outsorce. Maksudnya, kedai tu tak ada kilang sendiri, sebaliknya outsource dari kedai lain yang kemudian amik dari supplier. So bila jadi gini, antara masalahnya :

1- agak mahal
2- tak de banyak pilihan
3- susah nak customized ikut permintaan kita sebab diorang kena cek dengan banyak pihak & diorang pun tak de pilihan

Disebabkan itu, akhirnya kami decide nak buat dengan kedai kitchen yang kat Kuantan. Agak established jugakla, yang penting kedai ni tak outsource dan boleh ikut permintaan kami. Malah ada banyak pilihan disediakan. Benda yang paling penting masa nak pilih material ialah, boleh tahan banjir tak material yang diorang boleh provide. Memang kawasan rumah kami tu selama ni tak pernah lagi banjir, tapi in future tak de siapa yang tau. So tak mau la spend beribu-ribu, tetiba (nauzubillah) berlaku bencana tu, kena spend lagi beribu. Sayang la duit kan....Bukan senang nak dapat, kena pulak time-time gawat ni kannnn.....

So kedai pilihan kami iaah, A Craft Kitchen Cabinet. Terletak di tingkat 1, Kuantan Parade. Ada 1 lagi branch kat Indera Mahkota. Yang Indera Mahkota ni lebih besar dari yang kat Kuantan Parade ni, dan lebih banyak barang. 

Selepas 3 kali kunjungan dan consultation yang tiap kali makan masa tak kurang 2 jam (owh terasa fussynya daku hihihi), akhirnya kami berjaya finalized kitchen cabinet kami pada harga yang dah puas tawar dan mampu la. Tapi time tu harga tak final sebab nanti diorang akan datang ukur pulak. In case ada beza dari segi ukuran, maka harga pun berbeza sikit (tapi tak banyak la)...

agen shaklee kemasik
ilustrasi kabinet kami
So inilah rupa kitchen kabinet kami secara ilustrasinya.....Yang actual, inshaAllah hari isnin ni baru pasang (tak sabar gilossss..super excited hihihi). Tapi tak siap trus....lepas pasang, pospone seminggu pulak, tgu granite diukur. Then baru pasang granite pulak, then siapppppp.... 

agen shaklee kemasik
address & phone no
Pilih kaler hitam putih je, senang nak matchingkan dengan lantai dapur. Plus senang nak monitor kotor ke tak, memandangkan dapur ni kan tempat masak, senang kotor. Sayang la kalo comot kan...hihihi....

Ni details address kedai tu. Nama dalam kad ni nama tukangnya, tapi boleh kot korang deal dengan dia. Kitorg deal dengan Ms Elyse kat branch Kuantan Parade tu. Sangat helpful dan sabar melayan kami hihihi...Agak-agak kalo korang nak buat kitchen cabinet dengan A Craft ni, sila la jumpa Ms Elyse ni ye (dan juga lupa mention nama saya ye kuikuikui)....

Siap kabinet nanti, saya update ye...

Saje nak share kegembiraan saya dengan korang (1st time ni sebab apartment yang kami beli kat kajang tu dapat free kitchen cabinet).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Feel free to contact me...
agen shaklee kertih

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum, nak tnya mcm mana condition kabinet akak skrgskr? boleh share brief review ttg kabinet yg A kraft installed tu? Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Respect and I have a super present: How Much Budget For House Renovation custom home renovations

    ReplyDelete