Tuesday 18 February 2014

Kepuasan Berumrah Bersama Suami dan Anak-anak - Mekah

Menyambung catatan umrah kami....

Sila baca di sini untuk catatan di Madinah....

Di Mekah, hotel kami terletak kira-kira 200m sahaja dari Masjidil Haram. Okla, tak de la jauh sangat jika dibandingkan dengan orang lain. Keadaan hotel pun memuaskan hati, selesa untuk kami 4 beranak. Kami sampai ke Mekah pada jam 11malam. Terdapat sedikit kesesakan menyebabkan perjalanan menjadi sedikit lambat. Keadaan di kota Mekah sangat meriah, walaupun ketika itu sudah larut malam. Ianya adalah ibarat kota yang tidak pernah tidur kerana tak kira pukul berapa, ianya sentiasa meriah.

Selesai urusan check in, sejam kemudian kami turun untuk berkumpul bagi menunaikan umrah yang pertama bersama mutawif dan ahli rombongan. Sempat la saya mandikan blong dan adik acad untuk segarkan mereka memandangkan kami telah menempuh perjalanan hampir 6 jam dari Madinah. Alhamdulillah mereka tidak meragam sepanjang perjalanan dan mereka telah mendapatkan tidur yang secukupnya sepanjang perjalanan. Ini adalah sangat penting kerana kanak-kanak yang letih akan membuat perangai, dan jika ini berlaku, sukar bagi ibubapa untuk melakukan umrah.

Berdebar rasa hati ketika kaki melangkah ke perkarangan Masjidil Haram untuk kali pertama. Ketika ini, orang tidak terlalu ramai, agak selesa dalam erti kata tidak terlalu padat. Inilah umrah wajib bagi saya, jadi perasaan berdebar dan dalam masa yang sama kerisauan terputus dari en asben turut ada. Ketika umrah ini, adik acad didukung oleh en asben, manakala saya memegang blong. Tawakal sahaja pada Allah ketika itu supaya kami dapat melakukan tawaf dan sai'e dengan sebaiknya. Syukur kepada Allah kerana sepanjang tawaf, saya sentiasa dibelakang en asben yang berjalan disebelah mutawif. Blong juga dapat melakukannya dengan baik walaupun adakalanya bertanya lambat lagi ke.....

Ketika itu, saya hanya mengikut sahaja apa yang dibaca oleh mutawif kerana tidak sempat untuk membuka buku panduan. Sebelah tangan memegang blong, dan dalam masa yang sama nak melambai ke hajar aswad dan juga rukun yamani. 7 pusingan mengelilingi kaabah terasa sangat sekejap. Selesai itu, kami mencari tempat untuk menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa menghadap ke multazam. Kemudian berehat sebentar dan minum air zam-zam. Adik acad sepanjang tawaf hanya tidur sahaja dalam pelukan ayahnya. Okla tu, atlis dia tak meragam memandangkan ketika tawaf itu orang berhimpit-himpitan. 

Cabaran yang sebenar akhirnya tiba iaitu bersai'e. Perjalanan ulang alik dari Safa ke Marwa sejauh lebih kurang 2.8km (400m setiap laluan) membuatkan saya sendiri hampir tercabut kaki, ini kan pula blong. 4 kali ulang alik masih boleh bertahan, masuk yang ke-5, mula terasa penatnya. Blong pula dah hampir tidak boleh berjalan. Jadi apa yang kami lakukan, kami bergilir mendukung blong dan adik acad. 1 perjalanan en asben dukung blong, the next one suruh dia jalan. Walaupun penat, alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Pada ketika itu, blong dah hampir nak tertido. Tetapi saya kejutkan memandangkan saya tau en asben pun sudah keletihan dan tak mampu nak dukung blong sepanjang perjalanan sai'e itu. Elok je habis 7 pusingan Safa dan Marwa ni, blong terus segar sebab saya cakap nak beli aiskrim...huhuhu....

Syukur ke hadrat Ilahi, selesai umrah wajib saya yang pertama pagi itu. Tiada apa lagi yang mampu diucapkan. Walaupun tadinya terasa penat, namun ianya hilang apabila segalanya selesai. Balik ke hotel, pada jam hampir 3 pagi untuk berehat sebentar sebelum subuh. 

Sepanjang di Mekah, alhamdulillah kami sihat-sihat sahaja. Hanya adik acad diserang demam, batuk dan selsema untuk 2 hari. Tapi walaupun begitu, dia tak meragam. Jadi ianya tidak menghalang kami dari beribadah. Adakalanya saya tidak pergi bersolat di Masjid kerana memberi laluan kepada en asben, memandangkan adakalanya anak-anak tidur pada waktu-waktu menjelang waktu solat. 

Setiap ziarah yang kami pergi sepanjang di Mekah juga berjalan dengan lancar. Dapatla melawat tempat-tempat bersejarah dan mempunyai kesan yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah. Pada saya, melawat ke Mina dan tempat berwukuf ketika musim haji adalah sangat terkesan. Kerana di tempat yang nampak serba kekurangan, umat Ialam seramai-ramainya pergi menunaikan haji kerana ianya merupakan salah satu rukun Islam. Jika iman tidak kuat, pasti tidak sampai ke situ pada musim haji, melainkan anda mempunyai wang yang begitu banyak dan mampu mengambil pakej yang mencecah sehingga rm100k untuk seorang. 

Sepanjang di Mekah juga, kami tidak banyak berbelanja, malah hanya pergi membeli pada 3 hari terakhir sebelum pulang sahaja. Itu pun sekadar membeli sedikit barangan yang dipesan, hadiah untuk ahli rombongan serta jubah sebagai kenangan. 

Banyak lagi kenangan lain sepanjang di sana, termasuk ketiadaan air pada pagi hari selama kira-kira 1 jam selama 3 hari, harga servis dobi yang sangat mahal, makan masakan indonesia setiap hari sampai adakalanya rasa dah tak boleh telan, berurusan beli dengan para penjual di sana hanya dengan berbahasa Melayu dan menggunakan duit Ringgit Malaysia dan macam-macam lagi.

Sepanjang di sana, kami dapat menunaikan umrah sebanyak 3 kali dengan dipandu oleh mutawif. Namun, hanya umrah kali pertama sahaja saya dapat melakukannya bersama en asben dan anak-anak. Ini kerana selepas itu, kami dah tak larat nak bawak anak-anak, malah mereka juga sudah tidak larat nak ikut kami. Jadi, kami bergilir menjaga anak-anak. Memandangkan en asben pernah melakukan umrah sebelum ini, maka dia agak konfiden untuk melakukannya sendiri. Jadi saya melakukannya bersama rombongan dan mengikut mutawif, kemudian selepas saya selesai, en asben pula akan pergi menunaikannya manakala saya menjaga anak-anak di hotel.

Satu lagi perkara yang menarik sepanjang di sana adalah, kami telah dibawa oleh mutawif ke tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa disekeliling kaabah. Walaupun keadaan agak pack di sekeliling kaabah, malah mutawif juga tidak yakin kami mampu meredah manusia untuk pergi menyentuh kaabah kerana kami membawa anak, namun dengan izin-Nya kami berjaya juga pergi dan memegang kaabah serta berdoa di tempat-tempat yang mustajab di sekeliling kaabah. Malah kami telah ditunjukkan juga tempat telaga zam-zam yang asal, yang kini telah ditutup oleh pihak Saudi, malah mereka langsung tidak meninggal kesan.

tempat mustajab di sekeliling kaabah
tempat mustajab serta lokasi telaga zam-zam
Tidak puas dengan pemergian kali pertama, kami pergi sendiri kali ke-2. Alhamdulillah kali ini saya dapat masuk ke kawasan Hijr Ismail bersama blong, walaupun sekadar untuk berdoa. Memang langsung tak sangka saya berpeluang untuk masuk ke situ memndangkan kawasan tersebut sentiasa penuh, dan keadaan saya yang sedang mengandung dan membawa anak pula. Memang saya telah berhajat untuk pergi berdoa ke tempat-tempat yang mustajab sebelum bertolak ke tanah suci lagi. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkannya walaupun tidak semua tempat saya dapat pergi. Sekurangnya separuh daripada itu adalah memadai buat saya.

Tiba hari terakhir kami di tanah haram, kami dikehendaki melakukan tawaf wida' pada pagi itu. Seawal jam 3 pagi kami sudah mula bangun dan menyiapkan anak-anak kerana subuh di sana adalah pada jam 5.30 pagi. Adalah penting untuk masuk ke Masjidil Haram seawal mungkin bagi mengelakkan dihalau dan dilarang memasuki Masjid kerana sudah penuh. Pagi itu, kami memilih untuk solat dikawasan Sai'e kerana ianya mudah untuk mengambil air zam-zam dan juga berdekatan dengan tandas. Yelah, kami perlu memelihara wudu' untuk satu jangka masa yang panjang, maka andai kata terbatal wudu' atau perlu ke tandas, tidak menjadi masalah bagi kami.

Selesai solat subuh, pada jam 6.30am kami mula bergerak ke kawasan Kaabah untuk menunaikan tawaf wida'. Pada waktu itu, orang tidak terlalu ramai, jadi agak mudah bagi kami melakukannya. Kesedihan pada waktu itu tidak dapat dibendung, memandangkan inilah kali terakhir kami memandang kaabah secara berdepan. Sewaktu menunaikan solat tawaf yang terakhir, air mata mengalir ibarat air paip. Langsung tak dapat dibendung. Doa pada ketika itu semestinya mengharap ini bukanlah kunjungan kami yang terakhir ke situ, dan memohon agar segala ibadah kami di sana diterima oleh-Nya tanpa sebarang halangan.

cerita tentang umrah - Mekah
di ladang unta - 2 budak yang excited tengok unta secara live
cerita tentang umrah - Mekah
begini la agaknya baginda Rasulullah dulu mengembara bersama sahabat dan pergi berniaga
cerita tentang umrah - Mekah
telaga di hudaibiah yang dikatakan airnya pernah diminum oleh Rasulullah dalam perjalanan ke Mekah
cerita tentang umrah - Mekah
di perkarangan masjid pada pagi lawatan ke sekeliling kaabah
cerita tentang umrah - Mekah
memulakan perjalanan untuk meyentuh kaabah dan berdoa di sekelilingnya
cerita tentang umrah - Mekah
bersama ahli rombongan di luar kawasan sai'e
cerita tentang umrah - Mekah
pembangunan yang sangat pesat di sekeliling kaabah dan kota mekah
cerita tentang umrah - Mekah
bergambar selepas selesai tawaf sunat di pagi hari
cerita tentang umrah - Mekah
adik acad yang lena sepanjang tawaf sunat
cerita tentang umrah - Mekah
tempat minum air zamzam di kawasan sai'e
cerita tentang umrah - Mekah
kawasan sai'e, menuju ke Safa
cerita tentang umrah - Mekah
kelihatan di belakang bukit Safa yang hanya tinggal sedikit sahaja akibat dari pembangunan
cerita tentang umrah - Mekah
pintu 1 - pintu King Abdul Aziz yang kerap menjadi pintu utama bagi kami masuk ke masjidil Haram
cerita tentang umrah - Mekah
burung merpati yang bebas beterbangan di luar perkarangan Masjid. tidak digalakan mengejar mereka kerana dikatakan bahawa burung merpati adalah burung kesayangan Saidatina Aishah
cerita tentang umrah - Mekah
perpustakaan Mekah yang didirikan di atas bekas tapak rumah baginda Rasulullah

   Secara keseluruhan, kami sangat berpuas hati dengan pakej umrah bersama POTO Travels & Tour ni kerana ianya tidak melibatkan ahli rombongan yang ramai, harga yang berpatutan, hotel yang tidak jauh dari Masjid, mutawif yang sangat membantu, team leader yang menjaga kami dengan sebaiknya dan lain-lain lagi. Mungkin jika berpeluang untuk pergi ke sana lagi, kami tetap akan memilih untuk pergi bersama mereka. Amin....        

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

tambah pendapatan dengan shaklee

2 comments:

  1. Seronoknya la kak..baru baca pengalaman pun dah berlinang air ata, x jejak kaki ke sana lagi..
    Ya Allah, permudahkanlah kami sekeluarga untuk menjejak tanah suci Mekah, untuk pergi ke rumahMu..Ya Allah..sangat syahdu rasa hati ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok sangat...tak pe, pasang niat supaya dapat pegi sekarang, sementara masih muda dan sementara pembangunan kat sana tak habis lg sbb byk sangat dah perubahan kat sana yang sikit2 mengikis identiti kota mekah

      Delete