Tuesday 5 November 2013

Jejak Kasih Di Kenduri Kahwin

Rasanya ramai je yang selalu berjejak kasih time kenduri kahwin kan...Yelah, lepas habis sekolah/universiti, biasanya mesti terpisah. Ada yang balik kampung, kerja kat sana, ada yang rezeki lebih, g sambung plak blaja ke overseas dan macam-macam. So memang terpisah la. Namun ada je yang still keep in touch, sama ada melalui laman sosial, mahupun sekdar beremail...

Jumaat lepas, 1/11/2013...kami sekeluarga telah menerima seorang ahli baru, iaitu seorang abang ipar. Kakak saya telah melangsungkan perkahwinannya dengan abang Salim Samion. Kami membuat majlis yang sederhana sahaja dan sekadar buat di rumah ibubapa saya, bukan lah di dewan mahupun di restoran seperti majlis-majlis kenduri kahwin adik-beradik saya yang lain. 

Walaupun majlisnya sederhana, kami tidak masak sendiri makanan-makanan pada malam itu. Semuanya ditempah dan dibeli dari kenalan sahaja. Ini bagi memberi ruang kepada keluarga kami untuk menumpukan perhatian kepada persiapan majlis kerana semuanya dibuat dan disediakan oleh ahli keluarga kami sahaja. 2 hari sebelum majlis diadakan, kami sudah bergerak balik pulang ke rumah mak. Rupanya malam itu juga khemah didirikan kerana pihak khemah perlu ke tempat lain pada esoknya. Ini kerana pada hujung minggu itu, cuti adalah agak panjang, maka pihak khemah agak sibuk memenuhi permintaan orang lain.

Kerja-kerja persediaan perkahwinan semuanya dibuat oleh kami adik-beradik sahaja. Bertungkus-lumus la kami membuatnya kerana masih yang agak singkat dan tenaga kerja yang sedikit, malah ada pula perubahan rancangan di saat-saat akhir. Memang penat, namun kami tetap bersemangat demi menjayakan majlis tersebut.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Cuaca juga nampaknya menyebelahi kami. Walaupun ada sedikit hujan pada petang itu, namun ianya tidak lebat dan berhenti sebelum majlis bermula. Malah hujan yang lebih lebat turut sekali lagi pada malam itu, tetapi selepas majlis tamat. Segalanya telah berjalan dengan lancar, dengan izin dari-Nya. Syukur sangat-sangat.

Dalam majlis tersebut juga, beberapa kawan telah saya jemput. Mereka ini sememangnya kerap datang setiap kali ada majlis dirumah mak. Tenkiu Aishah Sultan & Azliza Abdul Majid. Dari jauh mereka datang, demi menjayakan majlis dan juga berjumpa. Yelah, setahun tak sekali rasanya kami berjumpa memandangkan masing-masing sibuk dengan urusan keluarga. Bukan itu sahaja, jurugambar pada malam tersebut juga rupanya merupakan kawan saya ketika bersekolah di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Lebih dari 5 tahun kami tidak berjumpa, tak sangka di majlis kahwin kakak saya kami berjumpa kembali. 

Bukan sahaja kenalan lama, malah ada juga kenalan baru yang hadir ke majlis ini. Dari Kajang beliau datang, walaupun sedang sarat mengandung. Terima kasih banyak-banyak Nurzillah...Semoga selamat melahirkan anak ke-3. Nanti saya datang tengok baby ye... ^__*

Sememangnya majlis kahwin seperti ini, ataupun majlis kenduri-kendara yang lain adalah satu platform yang terbaik untuk berjumpa kawan-kawan yang telah lama terpisah. Dengan ini, ukhuwah persaudaraan dapat dieratkan kembali walaupun telah lama terpisah.

Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat dengan majlis perkahwinan kakak saya ini. Semoga perkahwinan ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat mereka. InshaAllah....Sekiranya ada sebarang kecacatan mahupun kekurangan di sepanjang majlis tersebut, kami sekeluarga memohon maaf kepada para tetamu....

shaklee family aktiviti
kerja-kerja memasang khemah
shaklee family aktiviti
kerja-kerja persiapan kahwin
shaklee family aktiviti
meja makan beradap pengantin
shaklee family aktiviti
pelamin serba ringkas untuk tangkap gambar
shaklee family aktiviti
jadual kerja by emak pengantin
shaklee family aktiviti
with besties - Azliza & 'Aishah
shaklee family aktiviti
kawan lama dari sek men - Ipat
shaklee family aktiviti
my family..with the newly married couple
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment