Tuesday 19 March 2013

Insuran Co vs AAM

Entah mana silapnya, kereta baru kami, baru guna 3 bulan dah rosak. Tak tau la pe masalahnya, tapi yang pasti x boleh nak start..waarggghhhhh......1st time beli keta auto, tak tau plak camni punya complicated. Selama ni dok guna keta manual je, x penah ada masalah kecuali clutch putus sekali lepas beberapa tahun guna...
- gambar sekadar hiasan -

Apa yang saya nak citer hari ni bukan pasal keta, tapi pasal insuran co & car service provider co. Nak dijadikan cerita, entah mana silapnya, kereta kami tak de dalam sistem insuran co yang kami guna untuk insured kan kereta kami. Bayangkan lepas dah 3 bulan kereta kami on the road, tiba-tiba kami dapat tau kereta kami tak de dalam sistem mereka. Kesannya, kami tak dapat nak gunakan towing service mereka selagi kereta kami tak dimasukkan dalam sistem mereka. Agak menghairankan bagaimana kereta kami ada Cover Notes, tapi tidak ada dalam sistem mereka.Agak-agak camne CN tu bleh diprint dan dibagi pada customer tapi x dimasukkan dalam sistem. Sangat sangat mendukacitakan. Nasib baik kereta kami rosak semasa di rumah, bayangkan sekiranya kereta kami rosak di tepi jalan dan kami memerlukan servis mereka, tapi tengok-tengok tak boleh guna servis mereka sebab x de info dalam sistem. Macam mana???Sapa nak jawab??

Besoknya, seharian saya menguruskan dengan pihak insuran untuk mengupdate sistem mereka. Seawal pkul 9am saya dah kol customer service insuran co tersebut. Pukul 3pm baru diorang selesai mengupdate (itu pun selepas saya mempush mereka beberapa kali). Malangnya selepas saya diberitahu sistem telah diupdate, saya masih tidak dapat menggunaka servis mereka kerana pihak towing dapati masih tiada info kami dalam sistem. Walaweiii...Apakah ini cobaan atau btul-btul huhuhu. Beberapa lagi panggilan telefon terpaksa dibuat dan akhirnya selesai jugak pada jam 4pm..

Akan tetapi......masalah lain pula yang timbul. Servis center Honda Kuantan tutup operasi pada jam 5.30pm dan tow truck hanya boleh sampai ke rumah kami di Kerteh pada jam 5pm. Makanya, x dapat la anta kereta untuk service sebab diorang memang x de la nak tunggu kereta kami sampai kan... Bengang giler rasa sebab dah la kelam kabut uruskan pasal update sistem diorang yang lambat gilos tu, pastu ada plak miscommunication antara diorang sendiri (in which sangat x patut), last2 x dapat anta jugak sebab dah terlebih masa. Tu belum kira kelam-kabut packing baju sebab nak kena g KL. Memang cobaan btul la....Sabar sabar.... (>o<)

Makanya petang tu kami pun bertolak ke KL dengan kereta lama saya. Nasib la kereta tu x jadi jual, kalo x, naya jeeee.....Tenkiu Picanto....lebiu u..muah... muahhh...
- ni gambar masa kami nak ngangkut barang dari Miri ke KL -
Hari ni, selepas dekat seminggu kereta kami tu x bleh bergerak, akhirnya berjaya juga ianya ditow ke Honda Service Center Kuantan....Tapi x dapat amik gambar sebab kamera hp ku sudah rosak huhuhu...Lebih kurang gini la rupanya kereta kami masa kena tarik tu..tapi kereta kami x de la kemek2 gitu sebab bukan accident...

Kereta kami sampai Kuantan, kami masih dalam perjalanan. Sesampainya kami kat Kuantan, kereta kami tu dah selesai diservice...waarrrgghhhhhh lagi sekali....Dugaan datang lagik....Malangnya time kami sampai, pomen tengah on lunch break, so sejam gak la menunggu.... Akhirnya penerangan yang diberikan hanyalah, ada pe tah, kabel ke, plug ke, nut ke, yang tercabut je, so lepas dia ketatkan, dah bleh start. It only takes like 5-10minute je untuk pomen tu settlekan problem kereta kami yang dekat seminggu tak bleh start tu...huhuhuhu....stress?? benggang?? bengkek?? x de perasaan pun sebab dah habis tenaga bengang masa uruskan dengan insuran co tu...

Actually kami ada mengambil perkhidmatan AAM untuk kereta kami tu. Tapi kenapa kami x gunakan je perkhidmatan tersebut dan kenapa kami begitu bersusah-payah nak gunakan jugak perkhidmatan towing dari insuran co tu...

Sebabnya :

1- towing dengan AAM akan dicharge perjalanan 2 hala, i.e. Kerteh-Kuantan-Kerteh, yang mana kosnya adalah RM500 (rasa macam diorang tipu je sebab penah guna AAM masa kat KL, xde plak kena charge pape except tol je, tu pun one way tol je). towing dengan insuran co hanya dicharge perjalanan sehala sahaja i.e. Kerteh-Kuantan
2- AAM (basic plan), hanya cover setakat RM200 sahaja, maka kami perlu membayar extra RM300, sedangkan towing co cover 50km pertama dan balance tu baru kami kena bayar.
3- kos/km charged by AAM adalah dalam RM1.50-2, manakala insurance co rm3/km. nampak macam lagi mahalkan kos/km oleh insuran co, tapiii......

Jom kita tengok perbandingan kosnya (total milage dari Kerteh-Kuantan ialah 95km) :

AAM
Insuran Co
Fixed rate @ RM500
Free for 1st 50km, rm3/km for the next km
Cover only up to RM200,
remaining RM300 kena bayar sendiri
50km – free, next 45km=RM45*3=RM135 
(x de tol sebab guna jalan dalam)


So inilah sebabnya kenapa kami opt untuk guna towing service dari insuran co dan bukan AAM. Apa yang kami pelajari dari pengalaman ni adalah:

1- bila beli kereta baru, jangan dok terima je pe yang salesman tu bagi, sebaliknya cek suma benda, even sekecil-kecilnya (kereta ni jugak salah plat no masa kami amik, perasan lepas dah sebulan guna, radio x function dengan baik sebab ada kabel yang x disambungkan)
2- x salah pun kalo saje2 kol insuran co untuk cek pasal kereta kita sebab kita bayar diorang. cek jugak pe pekhidmatan yang insuran co tu offer sebab kami hanya tau pasal towing tu bila diberitahu oleh pihak bengkel lain
3- nak amik perkhidmatan AAM tu bagus, cuma perlu tau dengan mendalam tentang perkhidmatan diorang.

Makanya, kami dah spend RM135 hanya untuk tarik kereta kami g Kuantan semata-mata untuk mengketatkan & membetulkan kabel yang x betul...huhuhuhu...salah kami ke itu??? Sumanya sebab kereta stil dalam waranty jadi kami x brani nak guna perkhidmatan dari bengkel luar sebab takut warantynya void. Agak-agaknya kalo claim dengan Honda, diorang akan bayar x kerugian kami ni....  (>o<)"

Nota kaki : Insuran co tersebut ialah Etiqa Takaful...





================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment